Sunday, October 11, 2009

9 October 2009 - Majlis Jamuan Hari Raya SKJG2

Pada hari Jumaat pihak sekolah dibawah kelolaan Kelab Guru SKJG(2) telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2oo9. Jamuan sungguh lazat dihidangi oleh D'SAJI Felda.

Thursday, October 8, 2009

7 October 2009 - Program Motivasi Ko Kurikulum

Pada hari Rabu, 7 Oktober 2009, Unit Kokurikulum SK Jalan Gurney(2) telah menjalankan Program Motivasi Kokurikulum Kelab & Persatuan peringkat sekolah bertempat di Dewan PIBG SK Jalan Gurney(2). Program telah bermula pada jam 1.30 petang sehingga 4.00 petang dan telah dikendalikan dengan jayanya. Antara yang terlibat menyampaikan ceramah ialah En. Salmansani Saleh (Tanggungjawab Dalam Kelab & Persatuan), Pn. Rosmina (Etika dan Protokol di meja makan) dan Pn. Rodziah (Origami).

Tuesday, October 6, 2009

6 Oktober 2009 - Bersama Ustaz Zamri

Pada 6hb Oktober 2009, SKJG2 dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi dan Kemahiran belajar. Program ini telah dikendalikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri atau nama penuh beliau Ustaz Haji Mohd Zamro Bin Haji Mohd Zainuddin daripada MANTOP Training and Consultancy. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan telah berjalan dengan jayanya. Majoriti pelajar Tahun 6, 5 dan 4 menggemari teknik yang digunakan oleh Ustaz Zamri yang popular melalui Program Mari Mengaji di TV9. Diharap agar majlis sebegini dapat diadakan lagi ditahun-tahun yang akan datang.















Friday, October 2, 2009

XTVT Lepas UPSR09

Gambar-gambar aktiviti pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2009 selepas peperiksaan UPSR.
Aktiviti-aktiviti dilakukan di bawah penyeliaan guru-guru Tahun 6.

Untuk lihat gambar sepenuhnya, sila lawati >
picasaweb.google.com/skjgurney2/XTVTLepasUPSR09#