Wednesday, November 18, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari ini keputusan UPSR telahpun diumumkan. SK Jalan Gurney(2) telah mencatatkan keputusan yang sangat baik dimana 17 pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A daripada 91 calon yang mengambil peperiksaan UPSR (19% 5A). (lagi gambar&maklumat akan diupdate selepas ini). Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SKJG2 Prof Maselan kerana telah sudi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid 5A dan juga 4A selama 3 tahun berturut-turut.

Suasana pada hari keputusan UPSR diumumukan.
















Mereka yang mendapat 5A dalam UPSR 2009, Tahniah!
















Bergambar bersama Prof Maselan&isteri dan juga Guru Besar Pn. Dhravani

















Lagi gambar di > http://picasaweb.google.com/skjgurney2/2009_11_19RESULTUPSR2009#

Friday, November 13, 2009

13 November 2009 - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Jumaat, 13 November 2009. Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Tahun 2009. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah menjayakan majlis pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak dan juga ibu bapa yang telah menyumbang kepada majlis ini

12 November 2009 - Jamuan Tahun Enam

Khamis, 12 November 2009. Satu majlis jamuan telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar Tahun Enam SK Jalan Gurney(2) Tahun 2009 yang akan meninggalkan sekolah ini pada akhir penggal nanti. Semoga berjaya dalam hidup dan menjadi manusia berguna.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Keusahawanan SKJG(2)

Hari ini adalah merupakan Hari Keusahawanan SK Jalan Gurney(2) dimana Kelab Kebajikan Guru mengadakan jualan bagi menambah duit tabung.

Pesta Kokurikulum SKJG(2)

Minggu ini telah diadakan Pesta Kokurikulum SK Jalan Gurney(2) yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun 4,5 dan 6. Permainan yang terlibat ialah bola baling dan bola sepak.