Sunday, February 21, 2010

22 February 2010 - Perlantikan Pengawas PSS dan Pelancaran Program Nilam SKJG(2) 2010

Pada hari ini, Isnin bersamaan dengan 22hb Februari 2010, seramai 47 orang pelajar-pelajar SK Jalan Gurney(2) telah dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber (PSS) untuk sesi persekolahan 2010. Adik Wazirul telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber manakala adik Adiba Farhana pula telah dilantik sebagai Penolong. Puan Azizah Mohamad selaku Guru Penolong Kanan 1 telah sudi merasmikan Pelancaran Program Nilam Tahun 2010.