Monday, May 24, 2010

PKSR 1 2010

24-27 May 2010-Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 1 2010.

Jadual Peperiksaan Tahap 1
Jadual Peperiksaan Tahap 2

Saturday, May 22, 2010

21 May 2010 : Sambutan Hari Guru peringkat sekolah

Pada 21 May 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang lepas, SAMBUTAN HARI GURU peringkat sekolah SK Jalan Gurney(2) 2010 telah berjalan dengan jayanya. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang telah berakhir pada 6.30 petang. Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan Hari Guru 2010. SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

15-16 Mei 2010 : Kem Motivasi Kepimpinan SKJG2

Pada 15 hingga 16 Mei 2010 yang lepas, Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling, Jawatankuasa Badan Pengawas dan Disiplin dan Unit Kokurikulum secara bersama telah melaksanakan Kem Motivasi Kepimpinan SK Jalan Gurney(2) 2010. Seramai lebih kurang 170 orang murid telah mengikuti program ini yang terdiri dari Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan. Program telah berjalan dengan lancar dan harapan agar sikap dan kualiti kepimpinan dapat diterapkan dalam diri setiap perserta.