Thursday, July 29, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN UBS2 SKJG2

Berikut adalah jadual peperiksaan UBS2 yang akan berlangsung dari 3-5 Ogos 2010.
(klik pada imej dibawah)
















JADUAL TAHAP 2

Tuesday, July 27, 2010

PEMBERITAHUAN AKTIVITI SEKOLAH SKJG2

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti sepertimana berikut:-
  • SEKOLAH GANTIAN SEMPENA CUTI HARIRAYA DIBATALKAN
  • UJIAN PERCUBAAN UPSR - TAHUN 6 2010
  • UJIAN BULANAN SELARAS(UBS)
  • PRA-PEPERIKSAAN UPSR 2010
(sila klik imej dibawah)

Thursday, July 15, 2010

9 JULAI 2010-MAJLIS LAMBAIAN KASIH SKJG2

Pada 9 Julai 2010 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Pn.Khadijah Mohd Nasir yang merupakan GPK-Kokurikulum SKJG(2). Beliau merupakan seorang guru yang disenangi baik oleh murid-murid dan juga guru-guru. Sepanjang beliau bertugas, beliau telah banyak menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti utama sekolah seperti kem motivasi koko, karnival koko, perkhemahan bersepadu dan juga sukan tahunan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

3 JULAI 2010-KARNIVAL KELUARGA PIBG SKJG(2)

Pada 3 Julai, pihak PIBG SK Jalan Gurney(2) bersama-sama dengan Badan Kebajikan Guru SKJG(2) telah mengadakan Karnival Keluarga SKJG(2) dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Karnival berjalan dengan meriah sekali disulami cabutan bertuah dan pengunjung-pengunjung menjamu selera. Tumpuan utama hari tersebut ialah Grand Prize Cabutan Bertuah sebuah basikal sport dan juga "Rumah No.13". Ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbang kepada program tersebut, ibubapa yang telah hadir untuk menyumbang dan tidak lupa kepada bekas-bekas pelajar yang turut sama memeriahkan acara pada hari berkenaan.






Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform SKJG(2) 25-27 JUN 2010

Pada 25, 26 dan 27 Jun 2010, Unit Koko SK Jalan Gurney(2) telah mengadakan Program Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform SK Jalan Gurney(2) yang telah bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya,Shah Alam. Program disertai lebih kurang 40 orang peserta ini telah berjaya melakukan aktiviti-aktiviti dengan jayanya seperti aktiviti Berkayak, Jungle Trekking, Lake Crossing dan Walk-A-Hunt. Tahniah kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini.