Sunday, January 17, 2010

18 January 2010 -Majlis Perlantikan Pengawas

Pada hari Isnin 18 Januari 2010 telah diadakan satu majlis perlantikan pengawas sekolah SK Jalan Gurney(2) bagi sesi 2010.

17 Januari 2010 - Majlis Perpisahan dan Selamat Datang

Pada hari Ahad 17 Januari 2010,satu majlis sederhana telah diadakan di Quality Hotel Kuala Lumpur. Majlis merupakan jamuan perpisahan kerana Guru Besar 2009 Pn Dhravani Sangarlingam telah bertukar sekolah. Majlis juga diadakan bagi menyambut kedatangan Pn Mahani Aria bt. Abdullah, Guru Besar baru SK Jalan Gurney(2).

16 January 2010 - Program Pra Motivasi Pengawas

Pada 16 January 2010, satu program pra motivasi telah dianjurkan oleh Badan Disiplin dan Pengawas SK Jalan Gurney(2).Program bertujuan untuk melahirkan pengawas-pengawas sekolah yang cekap dan berdisiplin. Kepada mereka yang tidak terpilih, cuba lagi tahun hadapan.

Thursday, January 14, 2010

13 January 2010 - Program Amanat Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Titiwangsa

Pada hari Rabu bersamaan dengan 13hb January 2010, pihak sekolah telah mengadakan Program Amanat 2010 Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Titiwangsa. Program ini telah diadakan selama 5 tahun berturut-turut dimana Y.Bhg. Datuk Haji Astaman b. Abdul Aziz sebagai Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa hadir menyampaikan ceramah berupa amanat penting bagi pelajar-pelajar sekolah terutamanya pelajar-pelajar Tahun Enam yang akan menduduki Peperiksaan UPSR September ini. Pada tahun ini, Pengarah Urusan Yayasan Pendidikan Titiwangsa, En. Amir telah datang bagi mewakili Datuk Astaman.

4 January 2010 - Hari Pertama Persekolahan Sesi 2010

2 January 2010- Hari ini sekolah dibuka semula setelah bercuti kira-kira sebulan lebih. Program Transisi 3 minggu bermula bagi pelajar-pelajar baru Tahun Satu SK Jalan Gurney(2).

2 January 2010 - HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH SESI 2010

Hari pendaftaran pelajar-pelajar Tahun Satu dan PraSekolah SK Jalan Gurney(2) bagi sesi 2010.