Wednesday, November 18, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009

Hari ini keputusan UPSR telahpun diumumkan. SK Jalan Gurney(2) telah mencatatkan keputusan yang sangat baik dimana 17 pelajar telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A daripada 91 calon yang mengambil peperiksaan UPSR (19% 5A). (lagi gambar&maklumat akan diupdate selepas ini). Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG SKJG2 Prof Maselan kerana telah sudi menyampaikan sumbangan kepada murid-murid 5A dan juga 4A selama 3 tahun berturut-turut.

Suasana pada hari keputusan UPSR diumumukan.
















Mereka yang mendapat 5A dalam UPSR 2009, Tahniah!
















Bergambar bersama Prof Maselan&isteri dan juga Guru Besar Pn. Dhravani

















Lagi gambar di > http://picasaweb.google.com/skjgurney2/2009_11_19RESULTUPSR2009#

Friday, November 13, 2009

13 November 2009 - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Jumaat, 13 November 2009. Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah Tahun 2009. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah menjayakan majlis pada tahun ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak dan juga ibu bapa yang telah menyumbang kepada majlis ini

12 November 2009 - Jamuan Tahun Enam

Khamis, 12 November 2009. Satu majlis jamuan telah diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar Tahun Enam SK Jalan Gurney(2) Tahun 2009 yang akan meninggalkan sekolah ini pada akhir penggal nanti. Semoga berjaya dalam hidup dan menjadi manusia berguna.

Tuesday, November 3, 2009

Hari Keusahawanan SKJG(2)

Hari ini adalah merupakan Hari Keusahawanan SK Jalan Gurney(2) dimana Kelab Kebajikan Guru mengadakan jualan bagi menambah duit tabung.

Pesta Kokurikulum SKJG(2)

Minggu ini telah diadakan Pesta Kokurikulum SK Jalan Gurney(2) yang melibatkan pelajar-pelajar Tahun 4,5 dan 6. Permainan yang terlibat ialah bola baling dan bola sepak.

Sunday, October 11, 2009

9 October 2009 - Majlis Jamuan Hari Raya SKJG2

Pada hari Jumaat pihak sekolah dibawah kelolaan Kelab Guru SKJG(2) telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidil Fitri 2oo9. Jamuan sungguh lazat dihidangi oleh D'SAJI Felda.

Thursday, October 8, 2009

7 October 2009 - Program Motivasi Ko Kurikulum

Pada hari Rabu, 7 Oktober 2009, Unit Kokurikulum SK Jalan Gurney(2) telah menjalankan Program Motivasi Kokurikulum Kelab & Persatuan peringkat sekolah bertempat di Dewan PIBG SK Jalan Gurney(2). Program telah bermula pada jam 1.30 petang sehingga 4.00 petang dan telah dikendalikan dengan jayanya. Antara yang terlibat menyampaikan ceramah ialah En. Salmansani Saleh (Tanggungjawab Dalam Kelab & Persatuan), Pn. Rosmina (Etika dan Protokol di meja makan) dan Pn. Rodziah (Origami).

Tuesday, October 6, 2009

6 Oktober 2009 - Bersama Ustaz Zamri

Pada 6hb Oktober 2009, SKJG2 dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi dan Kemahiran belajar. Program ini telah dikendalikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri atau nama penuh beliau Ustaz Haji Mohd Zamro Bin Haji Mohd Zainuddin daripada MANTOP Training and Consultancy. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan telah berjalan dengan jayanya. Majoriti pelajar Tahun 6, 5 dan 4 menggemari teknik yang digunakan oleh Ustaz Zamri yang popular melalui Program Mari Mengaji di TV9. Diharap agar majlis sebegini dapat diadakan lagi ditahun-tahun yang akan datang.















Friday, October 2, 2009

XTVT Lepas UPSR09

Gambar-gambar aktiviti pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2009 selepas peperiksaan UPSR.
Aktiviti-aktiviti dilakukan di bawah penyeliaan guru-guru Tahun 6.

Untuk lihat gambar sepenuhnya, sila lawati >
picasaweb.google.com/skjgurney2/XTVTLepasUPSR09#







































































Tuesday, September 8, 2009

3 September 2009 Majlis Berbuka Puasa/Solat Hajat/Motivasi Tahun 6

Pada 3 September 2009, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa, solat tarawih, solat hajat dan sesi motivasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2009.

UPSR 2009

PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2009 SEDANG DIJALANKAN DARI 8 SEHINGGA 10 SEPTEMBER 2009.

Pihak sekolah ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon-calon peperiksaan. Semoga tahun ini lebih ramai lagi pelajar yang lulus dengan cemerlang.

Sunday, August 23, 2009

21 Ogos 2009 - Program Awal Ramadhan

Pada hari Jumaat 21 Ogos 2009, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Program Awal Ramadhan yang bertujuan untuk memberi pendidikan awal kepada murid-murid bagi menghadapi Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Monday, August 17, 2009

Fire Drill 2009

Hari ini, AJK Keselamatan Sekolah yang diketuai oleh Ust. Abd Samad telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill). Pihak AJK Keselamatan juga telah menjemput Jabatan Bomba bagi memuat demonstasi memadamkan kebakaran.















































Friday, August 14, 2009

Majlis Bacaan Yassin Bagi Menghindari H1N1

Pada 14 Ogos 2009, SKJG2 telah menganjurkan majlis bacaan surah Yassin bagi menghindari wabak yang semakin menular di Malaysia iaitu H1N1. Majlis bacaan Yassin itu juga diadakan untuk pelajar-pelajar Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada 8-10 September 2009. Setakat ini, seorang pelajar Tahun 4 SK Jalan Gurney(2) telah disyakki dijangkiti H1N1. Panitia Pendidikan Islam telah memberi beberapa doa khas untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar. Semoga Allah S.W.T menghindari daripada virus ini menjangkiti pelajar-pelajar lain.



























































Nota: Pada 17 Ogos 2009, pelajar berkenaan telah disahkan tidak menghidapi H1N1.

Monday, August 3, 2009

Perasmian Sambutan Bulan Patriotisma Peringkat Sekolah Tahun 2009

Pagi ni semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah, Pn Dhravani, Guru Besar SK Jalan Gurney(2) telah merasmikan Sambutan Bulan Patriotisme peringkat sekolah.



































Klik Link Di Bawah >>>
Saksikan Video Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Thursday, July 30, 2009

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah SKJG2

Hari ini, bersempena Hari Jumaat pihak Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah.

Monday, July 27, 2009

Minggu Bahasa SK Jalan Gurney(2)

Minggu ini merupakan minggu ke-27 sesi persekolahan tahun 2009. Minggu Bahasa telah dilancarkan dengan jayanya oleh guru besar Pn Dhravani Sangarlingam pagi tadi. Panitia Bahasa Melayu diketuai Pn C.W. Noraimi bersama-sama dengan Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Cik Rozila telah bergabung tenaga bagi menjayakan Minggu Bahasa Tahun 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan program tersebut.

English Spelling Competition

Sunday, July 26, 2009

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SKJG2 2009


Perkhemahan bersepadu unit-unit beruniform SK Jalan Gurney(2) telah berjalan dengan jaya di Felda Residence Trolak pada 25-26 Julai 2009.

Para peserta tiba di Felda Residence Trolak kira-kira jam 11.00 pagi.
















Talimat pertama oleh Cikgu Khairani - Kem Komandan















Aktiviti pertama, mendirikan khemah la















Seronoknya makan tengahari dikhemah bersama kawan-kawan












Add Image


aktiviti seterusnya, ke Hot Spring Sungai Klah...best!















Aktiviti mandi di Hot Spring...air panas tuuuu...

Monday, July 20, 2009

Minggu Peperiksaan

Hari ni peperiksaan bermula. Tahun 1-5 sedang menjalani Ujian Formatif 3 manakala tahun 6 pula Peperiksaan Percubaan UPSR.

Sunday, July 12, 2009

Motivasi Teknik Menjawab UPSR 2009

Pada 11-12hb Julai 2009, SK Jalan Gurney 2 bersama-sama dengan PIBG SKJG2 telah menganjurkan satu program motivasi "Teknik Menjawab UPSR 2009" bagi pelajar-pelajar Tahun 6 SK Jalan Gurney 2. Seramai kira-kira 91 orang pelajar Tahun 6 terlibat sebagai peserta, 4 guru-guru pakar telah dijemput bagi memberikan motivasi mengikut 4 subjek teras iaitu BM, BI, Math dan juga Sains. Program telah berjalan lancar selama 2 hari.

Monday, June 29, 2009

Hari Pertama Minggu 23

Perhimpunan pertama penggal ke dua sesi 2009.

Saturday, June 27, 2009

Hari Ke 6 Minggu 22

Pada 24hb lepas, En Anas dari Kuala Terengganu telah datang melawat ke SK Jalan Gurney(2) bagi mengadakan taklimat "Formula Matematik - Memudahkan Sifir" yang telah melibatkan pelajar-pelajar Tahap 2. Taklimat begitu menarik minat pelajar-pelajar.

Semalam 26hb, Program Kem Bestari Solat telah diadakan untuk pelajar-pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Hari ini, sesi persekolahan dijalankan bagi cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka bagi menyerahkan buku rekod selepas Peperiksaan UPSR 1 Tahun 2009.

Tuesday, June 23, 2009

Hari Ke 3 Minggu 22

Minggu ini persekolahan berjalan seperti biasa dan berjalan dengan lancar biarpun terdapat beberapa sekolah disekitar Kuala Lumpur yang perlu ditutup selama seminggu kerana terlibat dengan virus H1N1. Keadaan cuaca terutamanya jerebu masih lagi tidak berubah. Semalam 24Jun, pihak pengurusan SK Jalan Gurney(1) dan SK Jalan Gurney(2) telahpun memulakan mesyuarat bagi mengadakan sekolah sesi pagi bermula pada sesi 2010.


Pelajar-pelajar tahun 6 dan 5 yang telah terpilih bagi menjalani saringan pertama program PERMATApintar telah mula menjalankan ujian yang telah ditetapkan di dalam internet. Program UKM1-PERMATApintar adalah hasil usahasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan PERMATA Jabatan Perdana Menteri yang akan mengadakannya pada cuti persekolahan hujung tahun 2009. Program tersebut disediakan khusus untuk pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun selama 2 minggu yang akan diadakan di UKM.

Pada hari ni juga, aktiviti ko-kurikulum akan dijalankan dan akan mengadakan aktiviti unit beruniform. Pelajar-pelajar tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dengan aktiviti yang akan dijalankan dari jam 2.00-4.00 petang.

Wednesday, June 17, 2009

Hari Ke 4 Minggu - 21

Semalam beberapa staff daripada Apple Tree, pakar kamus elektronik untuk pembelajaran bahasa. Semua pelajar dan juga guru telah berkumpul di Dewan Bunga Raya bagi menghadiri taklimat dan promosi yang telah dibuat oleh staff-staff dari Apple Tree.


Ada 2 model yang diperkenalkan iaitu AT-98 dan Elit 3050.










Tetapi harga kamus elektronik ni agak mahal la untuk para pelajar memandangkan harga AT-98 ialah RM598 manakala ELIT 3050 RM238.

Tetapi dari segi kegunaan, kamus elektronik ini sangat berguna kerana ianya boleh digunakan hingga ke peringkat Universiti dan Model AT-98 boleh di update version softwarenya dengan menggunakan internet.


Salah seorang staff sedang mendemonstrasikan kamus elektronik kepada guru.


Guru-guru yang kelihatan tertarik dengan promosi yang sedang dijalankan. Kalau yang tengah sambung belajar tu elok lah pertimbangkan kalau nak beli. Guru-guru PPSMI juga digalakkan membeli bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Monday, June 15, 2009

Hari Ke 2 Penggal 2

Persekolahan berjalan lancar seperti biasa. Cuaca cerah berbanding semalam yang hujan dan mendung sewaktu pagi. Jerebu juga kurang pada hari ini memandangkan jarak penglihatan yang semakin jauh. Kelas bermula dengan lancar memandangkan jadual telahpun diagihkan semalam.

Kerja-kerja membaiki blok Bilik Gerakan sedang giat dijalankan. Keseluruhan bumbung bangunan akan ditukar. Nasib baik bumbung sekolah, kalau bumbung bangunan mahkamah atau Parlimen ke dah tentu lama masuk Berita Utama.

Sunday, June 14, 2009

Hari Pertama Penggal Ke Dua Tahun 2009

Hari ni Isnin 15 Jun 2009, hari pertama bagi penggal ke-dua persekolahan bagi tahun 2009. Perhimpunan pagi terpaksa dibatalkan memandang PA System tidak dapat digunakan lagi. Blok belakang yang menempatkan Stor PA, Bilik Gerakan dan Bilik Bimbingan & Kaunseling sedang diperbaiki bumbungnya. So jadilah ia bangunan tanpa bumbung. Guru-guru Kelas mengawalselia kelas sehingga rehat. Jadual-jadual waktu persekolahan bagi sesi pagi telah pun diedarkan kepada guru kelas masing-masing. Jadi pelajar-pelajar pun sibuklah menyalin jadual waktu persekolahan yang baru. Maklumlah, 6 bulan lepas SK Jalan Gurney(2) berada dalam sesi petang. Guru-guru pula sedang sibuk menyemak markah PKSR1 yang baru sahaja berlangsung sebelum cuti pertengahan penggal 2 minggu yang lepas.