Friday, December 31, 2010

31 Disember 2010 - Hari Suaikenal Murid Tahun Satu dan PraSekolah SKJG2

Pada hari ini telah berlangsung majlis Hari Suaikenal Murid Tahun Satu dan PraSekolah SKJG2 bertempat di Dewan Bunga Raya SKJG(2) dimana pelajar-pelajar baru Tahun Satu dan Prasekolah mendaftar masuk ke sekolah.

Untuk melihat galeri gambar, sila klik DISINI.




Sunday, December 26, 2010

27 Okt 2011 - Senarai Guru-Guru Pindah

Berikut ialah senarai nama guru-guru yang telah berpindah tahun 2010 :

1. Cik Rozila bt. Baseri - Bahasa Inggeris
2. Pn. Harlina bt. Hamdan - Bahasa Inggeris
3. Pn. Rosmaniza bt. Abd. Rahman - Pendidikan Islam
4. Pn. Norjan bt. Abd. Muin - J-QAF
5. Cik Zaliza bt. Ismail - Muzik

Wednesday, November 24, 2010

PEMBERITAHUAN CUTI AKHIR TAHUN, SESI PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2011 DAN WAKTU BERURUSNIAGA KEDAI BUKU SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Akhir Tahun berikut:-

18 November 2010 (Khamis) hingga 02 November 2010 (Ahad)

2. Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan bagi tahun 2011 mulai 03 Januari 2011 (Isnin) Jadual persekolahan seperti yang berikut:-

TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Isnin hingg Khamis 1.10 petang hingga 6.30 petang

Jumaat 2.10 petang hingga 6.30 petang

3. Pihak sekolah memohon jasa baik tuan/puan menguruskan pengangkutan anak tuan/puan untuk pergi dan balik sekolah. Pihak Pengusaha Kedai Buku akan beroperasi mulai 20 Disember 2010 (Isnin) dan waktu berurusniaga : 9.00 pagi – 2.00 petang. Senarai buku boleh di ambil dari Kedai Buku Sekolah.

Sekian, terima kasih.

- HARAP MAKLUM -

Sunday, October 10, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR DUA 2010

Berikut ialah jadual peperiksaan bagi PEPERIKSAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH DUA (PKSR2) TAHUN 2010.

JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP 1




















JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP 2


Monday, October 4, 2010

25 SEP 2010-LAWATAN KE MELAKA

Pada 25 September 2010 pihak sekolah dibawah kendalian Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan satu sesi Lawatan Sambil Belajar ke Bandar Melaka. Seramai 120 pelajar telah menyertai lawatan ini menaiki 3 buah bas yang bertolak pada jam 8 pagi dan pulang ke sekolah semula pada jam 9.30malam.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Pihak SK Jalan Gurney(2) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pengunjung Blog Sekolah ini. Semoga Hari Raya tahun ini disambut dengan penuh keriangan dan juga kesyukuran ke hadrat ilahi. Kepada pelajar-pelajar tahun 6, jangan lupa mentelaah pelajaran kerana anda akan menduduki UPSR selepas ini.Sekian.

3 SEP 2010-Majlis Khatam Quran & Penutupan Ihya' Ramadhan

Wednesday, September 1, 2010

MAKLUMAN PENTING

PEMBERITAHUAN CUTI PERTENGAHAN 2, CUTI GANTI HARI RAYA, CUTI UMUM (HARI MALAYSIA), CUTI PEPERIKSAAN UPSR DAN SEKOLAH GANTIAN-SEMPENA HARI RAYA

(SILA KLIK IMEJ DI BAWAH)

30 Ogos 2010 - Majlis Penutup Bulan Patriotisme

27 Ogos 2010-Majlis Solat Hajat Perdana 2

Pada 27 Ogos 2010, pihak PIBG SKJG(2) telah mengadakan program Solat Hajat Perdana 2 di Masjid Universiti Teknologi Malaysia yang baru sahaja dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan. Majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa, diikuti oleh sembahyang hajat dan bacaan Yassin.





Tuesday, August 17, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2010

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2010 - Sila klik link dibawah untuk melihat paparan jadual peperiksaan UPSR dan juga printing. Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar dan Buat Bersungguh-Sungguh!



Monday, August 9, 2010

JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA PIBG SKJG2 2010

Asssalamualaikum, pengumuman kepada semua ibubapa dan pelajar-pelajar Tahun 6 SK Jalan Gurney(2) 2010, satu Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat dan Ceramah Motivasi akan diadakan anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru SKJG(2). Butiran majlis adalah seperti berikut:-

Tarikh : 27 Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H
Hari : Jumaat
Tempat : Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak,
Kuala Lumpur.

Tentatif Program:
  • 6.45 ptg-Kehadiran Ibubapa
  • 7.23 ptg-Berbuka Puasa
  • Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Ceramah Motivasi.
  • 10.00 mlm - Bersurai
Di harap agar program ini mendapat sambutan daripada semua ibubapa pelajar-pelajar Tahun 6.

10 August 2010-Majlis Pelancaran IHYA' RAMADHAN SKJG2

Pada 10 Ogos 2010 bersamaan dengan 29 SYA'ABAN 1431H, bertempat di Dewan Bunga Raya SKJG2, telah dijalankan majlis perasmian/pelancaran Ihya' Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Jalan Gurney(2). Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif mengadakan Program Ihya' Ramadhan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kelebihan, kepentingan dan keistimewaan yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang tidak terdapat dalam bulan-bulan lain.

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme 2010 SKJG2

Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme 2010 telah

Thursday, July 29, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN UBS2 SKJG2

Berikut adalah jadual peperiksaan UBS2 yang akan berlangsung dari 3-5 Ogos 2010.
(klik pada imej dibawah)
















JADUAL TAHAP 2

Tuesday, July 27, 2010

PEMBERITAHUAN AKTIVITI SEKOLAH SKJG2

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti sepertimana berikut:-
  • SEKOLAH GANTIAN SEMPENA CUTI HARIRAYA DIBATALKAN
  • UJIAN PERCUBAAN UPSR - TAHUN 6 2010
  • UJIAN BULANAN SELARAS(UBS)
  • PRA-PEPERIKSAAN UPSR 2010
(sila klik imej dibawah)

Thursday, July 15, 2010

9 JULAI 2010-MAJLIS LAMBAIAN KASIH SKJG2

Pada 9 Julai 2010 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Pn.Khadijah Mohd Nasir yang merupakan GPK-Kokurikulum SKJG(2). Beliau merupakan seorang guru yang disenangi baik oleh murid-murid dan juga guru-guru. Sepanjang beliau bertugas, beliau telah banyak menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti utama sekolah seperti kem motivasi koko, karnival koko, perkhemahan bersepadu dan juga sukan tahunan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

3 JULAI 2010-KARNIVAL KELUARGA PIBG SKJG(2)

Pada 3 Julai, pihak PIBG SK Jalan Gurney(2) bersama-sama dengan Badan Kebajikan Guru SKJG(2) telah mengadakan Karnival Keluarga SKJG(2) dari jam 8.00 pagi - 4.00 petang. Karnival berjalan dengan meriah sekali disulami cabutan bertuah dan pengunjung-pengunjung menjamu selera. Tumpuan utama hari tersebut ialah Grand Prize Cabutan Bertuah sebuah basikal sport dan juga "Rumah No.13". Ribuan terima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbang kepada program tersebut, ibubapa yang telah hadir untuk menyumbang dan tidak lupa kepada bekas-bekas pelajar yang turut sama memeriahkan acara pada hari berkenaan.






Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform SKJG(2) 25-27 JUN 2010

Pada 25, 26 dan 27 Jun 2010, Unit Koko SK Jalan Gurney(2) telah mengadakan Program Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform SK Jalan Gurney(2) yang telah bertempat di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya,Shah Alam. Program disertai lebih kurang 40 orang peserta ini telah berjaya melakukan aktiviti-aktiviti dengan jayanya seperti aktiviti Berkayak, Jungle Trekking, Lake Crossing dan Walk-A-Hunt. Tahniah kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini.
















Sunday, June 27, 2010

Solat Hajat Perdana Siri 1

Pada 24 Jun 2010 (Sabtu)yang lepas, pihak PIBG SK Jalan Gurney(2) telah menganjurkan Program Solat Hajat Perdana Siri 1. Program telah berjalan dengan lancar di Masjid UTM buat pertama kalinya dibawah bimbingan Ustaz Khairuddin yang merupa YDP PIBG SK Jalan Gurney(2) sendiri. Program dijalankan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada pihak PIBG, guru-guru serta ibubapa yang telah hadir. Jumpa lagi di siri ke-2 nanti.




















































Monday, May 24, 2010

PKSR 1 2010

24-27 May 2010-Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah 1 2010.

Jadual Peperiksaan Tahap 1
Jadual Peperiksaan Tahap 2

Saturday, May 22, 2010

21 May 2010 : Sambutan Hari Guru peringkat sekolah

Pada 21 May 2010 bersamaan dengan hari Jumaat yang lepas, SAMBUTAN HARI GURU peringkat sekolah SK Jalan Gurney(2) 2010 telah berjalan dengan jayanya. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang telah berakhir pada 6.30 petang. Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan Hari Guru 2010. SELAMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

15-16 Mei 2010 : Kem Motivasi Kepimpinan SKJG2

Pada 15 hingga 16 Mei 2010 yang lepas, Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling, Jawatankuasa Badan Pengawas dan Disiplin dan Unit Kokurikulum secara bersama telah melaksanakan Kem Motivasi Kepimpinan SK Jalan Gurney(2) 2010. Seramai lebih kurang 170 orang murid telah mengikuti program ini yang terdiri dari Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan. Program telah berjalan dengan lancar dan harapan agar sikap dan kualiti kepimpinan dapat diterapkan dalam diri setiap perserta.

Sunday, April 25, 2010

23-25 April 2010 - Kem Bina Insan Tahun 6 2010

Pada 23-25 April 2010, SK Jalan Gurney(2) dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjalankan Program Kem Bina Insan Tahun 6 2010. Program motivasi 2 hari ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar-pelajar Tahun 6 bagi menghadapi Peperiksaan UPSR 2010.

19-23 April 2010 - Minggu Kerjaya Bimbingan & Kaunseling

Minggu ke 15 persekolahan penggal pertama sesi 2010, SK Jalan Gurney(2) telah mengadakan Minggu Kerjaya Bimbingan dan Kaunseling bertemakan "Teknologi dan Sains". Berbagai pihak telah menyumbangkan tenaga dan mengadakan pameran bagi menjayakan minggu ini.

Tuesday, April 13, 2010

6 Mac 2010-Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Gurney(2) 2010

6 Mac 2010- Sabtu, SK Jalan Gurney(2) telah menjalankan aktiviti tahunan yang sungguh meriah iaitu Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Gurney(2) edisi ke-48. Temasya telah berjalan dengan lancar dan telah dirasmikan oleh Datuk AR Mohtar b. Rahmad selaku YDP PIBG SK Jalan Gurney(2). Acara berjalan meriah dimulakan dengan acara tahap 1, tahap 2, acara jemputan dan seterusnya acara pegawai dan ibubapa. Rumah Topaz telah menjadi juara bagi sukan edisi 2010 mengalahkan Nilam ditempat ke 2, Zamrud ditempat ke 3 dan ditempat terakhir ialah rumah Delima.