Thursday, July 15, 2010

9 JULAI 2010-MAJLIS LAMBAIAN KASIH SKJG2

Pada 9 Julai 2010 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan Pn.Khadijah Mohd Nasir yang merupakan GPK-Kokurikulum SKJG(2). Beliau merupakan seorang guru yang disenangi baik oleh murid-murid dan juga guru-guru. Sepanjang beliau bertugas, beliau telah banyak menyumbang tenaga bagi menjayakan aktiviti-aktiviti utama sekolah seperti kem motivasi koko, karnival koko, perkhemahan bersepadu dan juga sukan tahunan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan hendaknya.

No comments:

Post a Comment