Tuesday, December 6, 2011

Friday, October 7, 2011

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Penataran Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
































PENATARAN PBS

Penataran ialah pendedahan tentang dasar, konsep, kerangka dan pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti Pegawai JPN dan PPD/PPw, Jurulatih Kebangsaan, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa


PERINGKAT KEBANGSAAN

Pegawai Lembaga Peperiksaan menjalankan penataran PBS kepada:
  • Pegawai JPN
  • Pegawai PPD/PPw
  • Jurulatih Negeri
PERINGKAT NEGERI

Pegawai JPN dan PPD/PPW
serta Jurulatih Negeri
menjalankan penataran kepada:

  • Guru Besar
  • Guru Penolong Kanan
  • Jurulatih Sekolah












Tuesday, September 6, 2011

Sambutan Bulan Patriotisma 2011

Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-54, SK Jalan Gurney (2) telah menganjurkan Sambutan Bulan Patriotisma 2011 yang telah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang bulan Ogos 2011.




Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2011

Pihak sekolah di bawah anjuran Unit Kurikulum telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR pada 2 hari Sabtu baru-baru ini bagi menyediakan pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Guru-guru yang berpengalaman dari Kuala Lumpur telah dijemput bagi menjayakan bengkel tersebut.




Monday, August 15, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN UBS2 TAHUN 2011

Berikut ialah jadual bagi Peperiksaan Ujian Berasaskan Sekolah 2 bagi tahun 2011. Sila klik gambar jadual berkenaan bagi mendapatkan imej yang lebih besar untuk tujuan cetakan.

















Monday, July 18, 2011

Temasya Sukan Tahunan Ke-53 SKJG2

Pada 16 Julai 2011, Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Gurney(2) kali ke-53 telah berlangsung dengan jayanya.


 






























Tuesday, July 5, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

Berikut ialah Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 bagi murid-murid tahun 6. Untuk mencetak jadual berkenaan sila klik pada jadual dibawah. Sebarang pertanyaan bolehlah menalifon pihak sekolah. Sekian, terima kasih.

30 Julai 2011 - Majlis Lambaian Kasih

Pada 30hg Julai 2011, Majlis Lambaian Kasih telah diadakan sempena perpisahan dengan Guru Besar SK Jalan Gurney(2) Pn. Mahani Aeria bt. Abdullah yang akan berpindah ke JPNWPKL.

Thursday, June 23, 2011

2 Julai 2011 - Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pada 2 Julai 2011, telah diadakan Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang telah menggabungkan kedua-dua sekolah SK Jalan Gurney(1) dan SK Jalan Gurney(2). Program telah dilaksanakan dengan jayanya bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 12.30 pagi.

Sunday, June 12, 2011

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2012

e-SSeM SISTEM PERMOHONAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia bil.(13) dalam kandungan KP (BKK) 300-13/002 bertarikh 13 Mei 2011 adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM akan melaksanakan e-SSeM Sistem Permohonan Secara Online ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2012. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada pautan e-SSeM di laman web KPM di alamat www.moe.gov.my pada 9 Mei-27 Jun 2011.

Untuk makluman, surat makluman daripada BKK tersebut telah dimuat naik ke dalam portal Jabatan ini di alamat www.moe.gov.my/jpwpkl.

Muat Turun Borang Permohonan? KLIK DISINI

Wednesday, May 11, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR1 2011

Berikut adalah jadual peperiksaan bagi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1 Tahun 2001.

JADUAL TAHAP 1














JADUAL TAHAP 2


















*click pada gambar untuk imej yang lebih besar

Monday, May 9, 2011

Minggu Pusat Sumber 2011

9-13 Mei 2011-Minggu Pusat Sumber sedang berlangsung di SK Jalan Gurney(2) anjuran Pusat Sumber SKJG2. Banyak pertandingan-pertandingan serta aktiviti yang telah dirancang semasa minggu ini dijalankan antaranya Pertandingan Membaca Syair, Pertandingan membaca sinopsis tokoh-tokoh negara, Nyanyian lagu kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Motivasi Teknik Menjawab Tahun 5

Pada 9-12 Mei 2011, pihak sekolah dibawah panitia telah mengadakan Motivasi Teknik Menjawab Peperiksaan khas untuk pelajar-pelajar Tahun 4 & 5 sebelum peperiksaan PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1 TAHUN 2011. Tahun 5 9-10 May manakala Tahun 4 pula 11-12 May 2011. Bengkel akan diadakan di KOMLAB1 & KOMLAB2.

Friday, April 22, 2011

Hari Terbuka Siri 1 2011

Pada 22 April 2011, SK Jalan Gurney(2) akan mengadakan HARI TERBUKA Siri 1 bagi menyampaiakan Buku Adab Belajar dan maklumat-maklumat mengenai prestasi pencapaian murid-murid bagi Ujian UBS1 yang lepas. Ibubapa juga akan dimaklumkan mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ibubapa boleh membawa pulang anak masing-masing setelah bertemu dengan guru kelas yang berkenaan.

Monday, April 11, 2011

TAKWIM KOKURIKULUM SEKOLAH - SUKAN TAHUNAN 2011

LATIHAN RUMAH-RUMAH SUKAN, SUKANTARA, SARINGAN, RAPTAI, SUKAN TAHUNAN DAN CUTI PERISTIWA

Dimaklumkan bahawa Sukan Tahunan akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 2 Julai 2011 bermula pada jam 8.00 pagi. Pihak sekolah juga akan mengambil Cuti Peristiwa sempena Sukan Tahunan sekolah pada hari Isnin bersamaan dengan 4 Julai 2011. Sila semak maklumat-maklumat mengenai Latihan, Sukantara, Saringan dan Raptai di bawah.

Daripada:
Pn. Mahani Aeria bt. Abdullah
Guru Besar SK Jalan Gurney (2)

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN



JADUAL SUKANTARA, SARINGAN, RAPTAI DAN SUKAN SEKOLAH













Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang masalah pada tarikh-tarikh tersebut, sila hubungi pihak sekolah atau maklumkan kepada mana-mana guru bertugas mengikut tarikh seperti berikut :-

8 April 2011 - Latihan Kebakaran

Pada 8hb April 2011 baru-baru ini, SK Jalan Gurney(2) dengan kerjasama Unit Keselamatan Sekolah telahpun mengadakan latihan kebakaran atau Fire Drill bagi melatih para pelajar tentang apakah tindakan yang patut dilakukkan semasa berlaku kebakaran di sekolah.

26 Mac 2011 - Mesyuarat Agong PIBG

Pada 26 Mac 2011 baru-baru ini telah dijalankan Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Gurney(2) bagi mendengar cadangan-cadangan ibubapa dan juga memilik AJK bagi sesi 2011. Pengerusi PIBG telah dikekalkan dan AJK-AJK baru telha dipilih bagi menggantikan AJK yang telah berpindah.

21-24 Mac 2011 - Minggu Pendidikan Kaunseling Kerjaya

Pada 21 hingga 24 hb Mac 2011, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan "Minggu Pendidikan Kaunseling Kerjaya" bagi sesi pembelajaran 2011. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan antaranya Melukis Poster, Model Kerjaya dan Mewarna. Penceramah-penceramah luar telah pun dijemput khas bagi memberi motivasi kepada para pelajar.

4-5 Mac 2011 - Kem Bina Insan SKJG2

Pada 4-5 Mac 2011, SK Jalan Gurney(2) di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan juga JK Tahun 6 telah mengadakan Kem Bina Insan selama 2 hari di sekolah. Tujuan kem berkenaan dianjurkan ialah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini.

Friday, March 4, 2011

26 Feb 2011 - Kem Bestari Solat Siri 1

Pada 26 Feb 2011, pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri Pertama Sesi 2011. Semua murid terlibat sebagai peserta dalam kem ini.

25 Feb 2011 - Sambutan Maulidur Rasul

Pada 25 Feb 2011, pihak SK Jalan Gurney 2 dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Murid-murid telah berarak mengelilingi kawasan sekolah dengan bantuan Polis Bantuan Felda. Majlis telah berjalan dengan jayanya dan meriah sekali.

Thursday, March 3, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN UBS 1 2011

Berikut adalah Jadual Peperiksaan UBS 1 yang akan berjalan pada 8-10 Mac 2011. (Klik gambar jadual dibawah untuk imej yg lebih besar)

Jadual Tahap 1















Jadual Tahap 2

21-24 Feb 2011 - Minggu Bahasa Malaysia/Pelancaran Program Nilam/Perlantikan Pengawas PSS

Pada 21 Feb 2011 telah diadakan acara Pelancaran Program Nilam, Perlantikan Pengawas Pusat Sumber dan Minggu Bahasa Malaysia bertempat di Dewan Bunga Raya. Acara telah dirasmikan oleh Pn. Mahani Aeria bt. Abdullah, Guru Besar SK Jalan Gurney 2. Acara Program Nilam dan Perlantikan Pusat Sumber dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dan Minggu Bahasa Malaysia dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia.

BRC Albums

Gambar-gambar sepanjang kejohanan rugby 10's BRC di Alice Smith International School.

















Taklimat sebelum berlepas.

















Tiba di Alice Smith International School
















Team under 12
















Team Under 10

Untuk koleksi gambar sila klik DISINI