Monday, June 29, 2009

Hari Pertama Minggu 23

Perhimpunan pertama penggal ke dua sesi 2009.

Saturday, June 27, 2009

Hari Ke 6 Minggu 22

Pada 24hb lepas, En Anas dari Kuala Terengganu telah datang melawat ke SK Jalan Gurney(2) bagi mengadakan taklimat "Formula Matematik - Memudahkan Sifir" yang telah melibatkan pelajar-pelajar Tahap 2. Taklimat begitu menarik minat pelajar-pelajar.

Semalam 26hb, Program Kem Bestari Solat telah diadakan untuk pelajar-pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Hari ini, sesi persekolahan dijalankan bagi cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri. Pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka bagi menyerahkan buku rekod selepas Peperiksaan UPSR 1 Tahun 2009.

Tuesday, June 23, 2009

Hari Ke 3 Minggu 22

Minggu ini persekolahan berjalan seperti biasa dan berjalan dengan lancar biarpun terdapat beberapa sekolah disekitar Kuala Lumpur yang perlu ditutup selama seminggu kerana terlibat dengan virus H1N1. Keadaan cuaca terutamanya jerebu masih lagi tidak berubah. Semalam 24Jun, pihak pengurusan SK Jalan Gurney(1) dan SK Jalan Gurney(2) telahpun memulakan mesyuarat bagi mengadakan sekolah sesi pagi bermula pada sesi 2010.


Pelajar-pelajar tahun 6 dan 5 yang telah terpilih bagi menjalani saringan pertama program PERMATApintar telah mula menjalankan ujian yang telah ditetapkan di dalam internet. Program UKM1-PERMATApintar adalah hasil usahasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan PERMATA Jabatan Perdana Menteri yang akan mengadakannya pada cuti persekolahan hujung tahun 2009. Program tersebut disediakan khusus untuk pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun selama 2 minggu yang akan diadakan di UKM.

Pada hari ni juga, aktiviti ko-kurikulum akan dijalankan dan akan mengadakan aktiviti unit beruniform. Pelajar-pelajar tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dengan aktiviti yang akan dijalankan dari jam 2.00-4.00 petang.

Wednesday, June 17, 2009

Hari Ke 4 Minggu - 21

Semalam beberapa staff daripada Apple Tree, pakar kamus elektronik untuk pembelajaran bahasa. Semua pelajar dan juga guru telah berkumpul di Dewan Bunga Raya bagi menghadiri taklimat dan promosi yang telah dibuat oleh staff-staff dari Apple Tree.


Ada 2 model yang diperkenalkan iaitu AT-98 dan Elit 3050.










Tetapi harga kamus elektronik ni agak mahal la untuk para pelajar memandangkan harga AT-98 ialah RM598 manakala ELIT 3050 RM238.

Tetapi dari segi kegunaan, kamus elektronik ini sangat berguna kerana ianya boleh digunakan hingga ke peringkat Universiti dan Model AT-98 boleh di update version softwarenya dengan menggunakan internet.


Salah seorang staff sedang mendemonstrasikan kamus elektronik kepada guru.


Guru-guru yang kelihatan tertarik dengan promosi yang sedang dijalankan. Kalau yang tengah sambung belajar tu elok lah pertimbangkan kalau nak beli. Guru-guru PPSMI juga digalakkan membeli bagi meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Monday, June 15, 2009

Hari Ke 2 Penggal 2

Persekolahan berjalan lancar seperti biasa. Cuaca cerah berbanding semalam yang hujan dan mendung sewaktu pagi. Jerebu juga kurang pada hari ini memandangkan jarak penglihatan yang semakin jauh. Kelas bermula dengan lancar memandangkan jadual telahpun diagihkan semalam.

Kerja-kerja membaiki blok Bilik Gerakan sedang giat dijalankan. Keseluruhan bumbung bangunan akan ditukar. Nasib baik bumbung sekolah, kalau bumbung bangunan mahkamah atau Parlimen ke dah tentu lama masuk Berita Utama.

Sunday, June 14, 2009

Hari Pertama Penggal Ke Dua Tahun 2009

Hari ni Isnin 15 Jun 2009, hari pertama bagi penggal ke-dua persekolahan bagi tahun 2009. Perhimpunan pagi terpaksa dibatalkan memandang PA System tidak dapat digunakan lagi. Blok belakang yang menempatkan Stor PA, Bilik Gerakan dan Bilik Bimbingan & Kaunseling sedang diperbaiki bumbungnya. So jadilah ia bangunan tanpa bumbung. Guru-guru Kelas mengawalselia kelas sehingga rehat. Jadual-jadual waktu persekolahan bagi sesi pagi telah pun diedarkan kepada guru kelas masing-masing. Jadi pelajar-pelajar pun sibuklah menyalin jadual waktu persekolahan yang baru. Maklumlah, 6 bulan lepas SK Jalan Gurney(2) berada dalam sesi petang. Guru-guru pula sedang sibuk menyemak markah PKSR1 yang baru sahaja berlangsung sebelum cuti pertengahan penggal 2 minggu yang lepas.