Sunday, April 25, 2010

23-25 April 2010 - Kem Bina Insan Tahun 6 2010

Pada 23-25 April 2010, SK Jalan Gurney(2) dibawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjalankan Program Kem Bina Insan Tahun 6 2010. Program motivasi 2 hari ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar-pelajar Tahun 6 bagi menghadapi Peperiksaan UPSR 2010.

19-23 April 2010 - Minggu Kerjaya Bimbingan & Kaunseling

Minggu ke 15 persekolahan penggal pertama sesi 2010, SK Jalan Gurney(2) telah mengadakan Minggu Kerjaya Bimbingan dan Kaunseling bertemakan "Teknologi dan Sains". Berbagai pihak telah menyumbangkan tenaga dan mengadakan pameran bagi menjayakan minggu ini.

Tuesday, April 13, 2010

6 Mac 2010-Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Gurney(2) 2010

6 Mac 2010- Sabtu, SK Jalan Gurney(2) telah menjalankan aktiviti tahunan yang sungguh meriah iaitu Temasya Sukan Tahunan SK Jalan Gurney(2) edisi ke-48. Temasya telah berjalan dengan lancar dan telah dirasmikan oleh Datuk AR Mohtar b. Rahmad selaku YDP PIBG SK Jalan Gurney(2). Acara berjalan meriah dimulakan dengan acara tahap 1, tahap 2, acara jemputan dan seterusnya acara pegawai dan ibubapa. Rumah Topaz telah menjadi juara bagi sukan edisi 2010 mengalahkan Nilam ditempat ke 2, Zamrud ditempat ke 3 dan ditempat terakhir ialah rumah Delima.