Tuesday, January 25, 2011

TAKWIM UJIAN & PEPERIKSAAN 2011

SK JALAN GURNEY (2)
TAKWIM UJIAN & PEPERIKSAAN TAHUN 2011

PENGGAL PERTAMA












PENGGAL KE DUA

Monday, January 24, 2011

22 Jan 2011 - Motivasi Keibubapaan Tahun 4 & 6

Pada 22 Jan, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu program Motivasi Keibubapaan Tahun 4 & 6. Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan antara ibubapa dan pihak sekolah disamping memberi maklumat yang lebih tepat kepada ibubapa mengenai peperiksaan yang bakal dihadapi oleh anak-anak mereka. Program yang bermula jam 2.15pm itu berjalan dengan lancar dan berakhir pada 5.40pm.






Wednesday, January 19, 2011

PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 4 DAN 6

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga murid Tahun 4 dan 6 seperti butiran berikut :-

Tarikh : 22 Januari 2011 (Sabtu)
Masa : 1.45-5.30 Petang
Tempat : Dewan Bunga Raya, SK Jalan Gurney(2).

Kehadiran tuan/puan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan. Untuk surat penuh sila klik DISINI.

CUTI BERGANTI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Dengan hormatnya dimaklumkan sekolah akan mengambil cuti tambahan sempena perayaan Tahun Baru Cina. Oleh yang demikian cuti peristiwa dan cuti berganti bagi perayaan tersebut adalah seperti berikut:
  1. 31.01.2011 (Sabtu)-Sekolah Ganti
  2. 02.02.2011 (Rabu)-Cuti Peristiwa
Sila klik DISINI untuk surat penuh.

Friday, January 14, 2011

Motivasi Pengawas SK Jalan Gurney (2) 2011

Pada 14-15hb Jan 2011, Badan Disiplin SK Jalan Gurney(2) telah menganjurkan Program Motivasi Pengawas bagi pengawas-pengawas sesi persekolahan 2011. Program telah dijalankan di sekolah secara dalaman.

Thursday, January 13, 2011

Perlawanan Futsal Persahabatan SKJG(2) dan SKJG(1)

Satu perlawanan Futsal persahabatan telah diadakan pada jam 9.30 malam bertempat di Setapak, Kuala Lumpur. Perlawanan diantara guru-guru SK Jalan Gurney(2) menentang guru-guru dari SK Jalan Gurney (1).

Program Motivasi Tahap2 SKJG(2)

Satu program motivasi telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKJG(2) khas untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6 bertempat di Dewan Bunga Raya. Program tersebut telah dijalankan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang telah menjemput penceramah luar Tuan Haji Abdul Wahab. Ceramah yang telah disampaikan bertajuk "Jati Diri Untuk Kejayaan & Akhlak".