Friday, April 22, 2011

Hari Terbuka Siri 1 2011

Pada 22 April 2011, SK Jalan Gurney(2) akan mengadakan HARI TERBUKA Siri 1 bagi menyampaiakan Buku Adab Belajar dan maklumat-maklumat mengenai prestasi pencapaian murid-murid bagi Ujian UBS1 yang lepas. Ibubapa juga akan dimaklumkan mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ibubapa boleh membawa pulang anak masing-masing setelah bertemu dengan guru kelas yang berkenaan.

Monday, April 11, 2011

TAKWIM KOKURIKULUM SEKOLAH - SUKAN TAHUNAN 2011

LATIHAN RUMAH-RUMAH SUKAN, SUKANTARA, SARINGAN, RAPTAI, SUKAN TAHUNAN DAN CUTI PERISTIWA

Dimaklumkan bahawa Sukan Tahunan akan dilangsungkan pada hari Sabtu bersamaan 2 Julai 2011 bermula pada jam 8.00 pagi. Pihak sekolah juga akan mengambil Cuti Peristiwa sempena Sukan Tahunan sekolah pada hari Isnin bersamaan dengan 4 Julai 2011. Sila semak maklumat-maklumat mengenai Latihan, Sukantara, Saringan dan Raptai di bawah.

Daripada:
Pn. Mahani Aeria bt. Abdullah
Guru Besar SK Jalan Gurney (2)

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN



JADUAL SUKANTARA, SARINGAN, RAPTAI DAN SUKAN SEKOLAH













Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang masalah pada tarikh-tarikh tersebut, sila hubungi pihak sekolah atau maklumkan kepada mana-mana guru bertugas mengikut tarikh seperti berikut :-

8 April 2011 - Latihan Kebakaran

Pada 8hb April 2011 baru-baru ini, SK Jalan Gurney(2) dengan kerjasama Unit Keselamatan Sekolah telahpun mengadakan latihan kebakaran atau Fire Drill bagi melatih para pelajar tentang apakah tindakan yang patut dilakukkan semasa berlaku kebakaran di sekolah.

26 Mac 2011 - Mesyuarat Agong PIBG

Pada 26 Mac 2011 baru-baru ini telah dijalankan Mesyuarat Agong PIBG SK Jalan Gurney(2) bagi mendengar cadangan-cadangan ibubapa dan juga memilik AJK bagi sesi 2011. Pengerusi PIBG telah dikekalkan dan AJK-AJK baru telha dipilih bagi menggantikan AJK yang telah berpindah.

21-24 Mac 2011 - Minggu Pendidikan Kaunseling Kerjaya

Pada 21 hingga 24 hb Mac 2011, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan "Minggu Pendidikan Kaunseling Kerjaya" bagi sesi pembelajaran 2011. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan antaranya Melukis Poster, Model Kerjaya dan Mewarna. Penceramah-penceramah luar telah pun dijemput khas bagi memberi motivasi kepada para pelajar.

4-5 Mac 2011 - Kem Bina Insan SKJG2

Pada 4-5 Mac 2011, SK Jalan Gurney(2) di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan juga JK Tahun 6 telah mengadakan Kem Bina Insan selama 2 hari di sekolah. Tujuan kem berkenaan dianjurkan ialah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR tahun ini.