Sunday, June 12, 2011

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2012

e-SSeM SISTEM PERMOHONAN SECARA ONLINE KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH SENI MALAYSIA SESI 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia bil.(13) dalam kandungan KP (BKK) 300-13/002 bertarikh 13 Mei 2011 adalah berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM akan melaksanakan e-SSeM Sistem Permohonan Secara Online ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia Sesi 2012. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh diperolehi daripada pautan e-SSeM di laman web KPM di alamat www.moe.gov.my pada 9 Mei-27 Jun 2011.

Untuk makluman, surat makluman daripada BKK tersebut telah dimuat naik ke dalam portal Jabatan ini di alamat www.moe.gov.my/jpwpkl.

Muat Turun Borang Permohonan? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment