Tuesday, October 6, 2009

6 Oktober 2009 - Bersama Ustaz Zamri

Pada 6hb Oktober 2009, SKJG2 dibawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi dan Kemahiran belajar. Program ini telah dikendalikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri atau nama penuh beliau Ustaz Haji Mohd Zamro Bin Haji Mohd Zainuddin daripada MANTOP Training and Consultancy. Majlis bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan telah berjalan dengan jayanya. Majoriti pelajar Tahun 6, 5 dan 4 menggemari teknik yang digunakan oleh Ustaz Zamri yang popular melalui Program Mari Mengaji di TV9. Diharap agar majlis sebegini dapat diadakan lagi ditahun-tahun yang akan datang.















No comments:

Post a Comment